Selasa, 19 Julai 2011
KESYUKURAN YANG TIDAK TERHINGGA
bile ntah bOley menulis tentang keserOnokkan y saya dapat menjadi seOrang guru...walaupOn sebagai guru smentara....guru ape ye..hehehe..cube tekee..haaaa..dapat teke x nie....(kindergarten teacher)...Ok la sangat banyak pengalaman y dapat d kutip n diperOleh sepanjang tempoh tu..macam2 kenangan pahit dan manis y saya dah dapat lalui nye...nak cerita panjang lagi..heheh..tapi kemalasan untuk menaip tu msih menebal dalam diriku ini..hehehe..xpe.cOminggggg sOon...tungggguuuuu..heheheh...selain dari tu..nak kOngsi jugak..sangat gembira kOwt sebab dapat pangilan untuk sambung bac kat IPTA...dah lame sangat nak belajar n merasa menjadi seorang pelajar yang bergelar pelajar IPTA...akhirnya cita2 tu dah tercapai...tapi nie masih belOm sempurna lagi nie..nie baru kaki melangkah untuk ketahap yang seterusnya...dOakan saya ye..semOga saya mampu menjadi pelajar yang bOley d banggakan Oleh negara n terutamanya ayah ibu saya...belajar2..belajar dan belajar...(^_^)v
Selasa, 28 Jun 2011
Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
--- CINTA IBARAT MENUNGGU BAS ---
Definisi tentang CINTA kurasakan kadangkala mirip seperti sebuah BAS..
KITA menunggu BAS yang datang kepada kita ibarat KITA menunggu CINTA yang hadir untuk KITA..
Datang BAS yang PERTAMA kita hanya membiarkan BAS tersebut barlalu pergi begitu sahaja walaupon BAS tersebut kosong tanpa penumpang...kerana waktu itu kita merasakan BAS tersebut terlalu usang untuk kita naiki..
Datang pula BAS yang KEDUA...kita tersenyum melihat kehadiran BAS yang kedua ini...emm...BAS nie cantik...bila kita bersedia untuk menaikinya...baru kita tersedar BAS ini terlalu sarat dengan penumpang...dengan senyuman kita membiarkan BAS yang KEDUA ini berlalu pergi begitu sahaja...
Kerana terlalu lama menunggu kita jadi seolah-olah tidak sabar untuk menanti kehadiran BAS yang KETIGA ini..kita sudah tidak kisah bentuk dan rupa BAS yang akan muncul nanti...yang penting pada kita..BAS yang ketiga ini dapat menghantar kita ke destinasi yang kita di tuju..
Ia ibarat CINTA...
Datang CINTA pertama kepada kita...kita hanya membiarkan CINTA itu berlalu pergi begitu sahaja..kerana pada waktu itu kita merasakan kita berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri kita..mungkin CINTA pertama yang hadir itu tidak cukup untuk kita berpuas hati...dan mengharapkan ada CINTA lain yang akan hadir..dengan sabar kita masih menunggu CINTA yang KEDUA...
Datang CINTA yang kedua kepada kita...kita tersenyum...ye..ini pilihan yang kita rasakan tepat untuk diri kita..takkala kita bersedia untuk menerima CINTA yang kedua ini...sayangnya CINTA ini bukan milik kita..ia milik insan lain...dengan senyuman kita melepaskan CINTA KEDUA ini pergi...
kerana terlalu lama menanti dan menanti kita bertekad untuk terus mendapatkan CINTA yang KETIGA...CINTA yang KETIGA ini diharapkan adalah CINTA TERAKHIR kita...kita sudah tidak kisah dengan pemilihan kita..kita hanya ingin mendapatkan CINTA tersebut...dengan harapan CINTA KETIGA dan TERAKHIR ini dapat membawa kita ke destinasi yang kita tuju...DESTINASI PERKAHWINAN...dengan lafaz IJAB & KABUL...bersemadilah CINTA TERAKHIR ini di dalam hati kita...dua jiwa menjadi satu...dengan lafaz BISMIlLAH...dan berakhirnya dengan lafaz INALILLLAH..
KITA menunggu BAS yang datang kepada kita ibarat KITA menunggu CINTA yang hadir untuk KITA..
Datang BAS yang PERTAMA kita hanya membiarkan BAS tersebut barlalu pergi begitu sahaja walaupon BAS tersebut kosong tanpa penumpang...kerana waktu itu kita merasakan BAS tersebut terlalu usang untuk kita naiki..
Datang pula BAS yang KEDUA...kita tersenyum melihat kehadiran BAS yang kedua ini...emm...BAS nie cantik...bila kita bersedia untuk menaikinya...baru kita tersedar BAS ini terlalu sarat dengan penumpang...dengan senyuman kita membiarkan BAS yang KEDUA ini berlalu pergi begitu sahaja...
Kerana terlalu lama menunggu kita jadi seolah-olah tidak sabar untuk menanti kehadiran BAS yang KETIGA ini..kita sudah tidak kisah bentuk dan rupa BAS yang akan muncul nanti...yang penting pada kita..BAS yang ketiga ini dapat menghantar kita ke destinasi yang kita di tuju..
Ia ibarat CINTA...
Datang CINTA pertama kepada kita...kita hanya membiarkan CINTA itu berlalu pergi begitu sahaja..kerana pada waktu itu kita merasakan kita berhak untuk memilih yang terbaik untuk diri kita..mungkin CINTA pertama yang hadir itu tidak cukup untuk kita berpuas hati...dan mengharapkan ada CINTA lain yang akan hadir..dengan sabar kita masih menunggu CINTA yang KEDUA...
Datang CINTA yang kedua kepada kita...kita tersenyum...ye..ini pilihan yang kita rasakan tepat untuk diri kita..takkala kita bersedia untuk menerima CINTA yang kedua ini...sayangnya CINTA ini bukan milik kita..ia milik insan lain...dengan senyuman kita melepaskan CINTA KEDUA ini pergi...
kerana terlalu lama menanti dan menanti kita bertekad untuk terus mendapatkan CINTA yang KETIGA...CINTA yang KETIGA ini diharapkan adalah CINTA TERAKHIR kita...kita sudah tidak kisah dengan pemilihan kita..kita hanya ingin mendapatkan CINTA tersebut...dengan harapan CINTA KETIGA dan TERAKHIR ini dapat membawa kita ke destinasi yang kita tuju...DESTINASI PERKAHWINAN...dengan lafaz IJAB & KABUL...bersemadilah CINTA TERAKHIR ini di dalam hati kita...dua jiwa menjadi satu...dengan lafaz BISMIlLAH...dan berakhirnya dengan lafaz INALILLLAH..
MENCARI ERTI CINTA
ADAKAH ITU CINTA
CINTA kadangkala membuatkan yang sedang berduka menjadi ceria....kerana bahagia..
CINTA kadangkala membuatkan yang sedang gembira menitiskan air mata..kerana kecewa...
CINTA kadangkala menjadikan kita lebih dewasa...
CINTA kadangkala menjadikan kita persis kanak-kanak yang ingin sentiasa di jaga dan di manja...
CINTA kadangkala tidak memandang rupa, usia, pangkat mahupOn harta...
CINTA kadangkala menjadikan kita berpura-pura dan bukan diri kita apabila berdepan dengan Orang yang kita CINTA
CINTA kadangkala menjadikan kita seseOrang yang sentiasa di buru dOsa...
CINTA kadangkala menjadikan kita seseOrang yang sentiasa d anugerahkan pahala...
CINTA kadangkala menjadikan kila lupa sahabat...lupa keluarga...
CINTA kadangkala menjadikan kita lupa CINTA di sana lebih bermakna kerana sibuk mengejar CINTAdunia sehingga terleka..
CINTA kadangkala menjadikan kita persis bOneka di pentas lakOnan CINTA dunia..
CINTA kadangkala menjadikan kita seseorang yang lupa nabi..lupa sang penCIPTA...
CINTA kadangkala menjadikan kita seseOrang yang lupa pada batas-batas antara kaum adam dan hawa...
CINTA kadangkala menjadikan kita seperti Orang gila...
CINTA kadangkala menjadikan kita manusia yang lupa akan dOsa dan pahala...
CINTA kadangkala menjadikan kita manusia yang tewas pasa nafsu yang bermaharajalela...
CINTA kadangkala menjadikan kita manusia yang bertuhankan syaitan yang durjana...
CINTA kadangkala mengheret kita menhampiri zina...
CINTA kadangkala membuatkan kita lupa..siapa kita..apa bangsa kita..apa agama kita...
CINTA kadangkala menjadikan kita seseorang pembunuh apabila zuriat yang terhasil kOnonnya atas dasar CINTA itu di campak kan merata...tanpa sempat mengenali ibu dan bapa...
CINTA kadangkala menjadikan kita manusia yang tersangat murah harganya...
adakah itu CINTA yang kita mahukan...
adakah itu CINTA yang kita impikan...
sedarlah itu bukan CINTA yang sebenar..kenal lah diri..jaga lah maruah dan peribadi...jangan hanya sibuk mengejar apa itu CINTA kita lupa sejenak siapa yang lebih menCINTAi diri kita...
siapa yang lebih menyanyangi diri kita...
siapa yang lebih setia pada kita...
lihatkah..renunglah...muhasabah diri lah...jika bukan di atas sana..jika bukan sang penCIPTA..kita bukanlah siapa-siapa.
aku menulis kerana aku pencari CINTA..
aku menulis kerana aku sayang kan kaum yang sama dengan diri ku..kaum hawa...biarlah kita lambat bertemu CINTA..asalkan CINTA yang akan kita ketemu nanti adalah persis CINTA ADAM kepada HAWAnya..
aku menulis kerana aku sayang bangsa yang sebangsa denganku...
aku menulis kerana aku sayang kan agamaku...
renungkanlah...CINTA manusia tak kan kemana...
CINTAi lah tuhan mu...
CINTAi lah nabi mu...
CINTAi lah ibu dan bapa mu...
CINTAi lah kaum keluargamu...
CINTAi lah sabahat yang seagama dengamu...
CINTAi lah Orang yang menCINTAi dirimu...
itu yang terbaik... :)
p/s : penulis masih memperbaiki diri sendiri...semOga kita tahu apa yang kita tuju...
" suatu hari HIJAB itu pasti terbuka"
WARKAH BUAT IBU..
APA DOSAKU..
ibu...ayah...kenapa aku dilakukan sebegitu..adakah kehadiranku disisi kalian menggangu hubungan kalian..adakah kehadiranku disisi kalian mencacatkan corak kehidupanmu...apakah kelahiranku akan dibenci masyarakat..puas ku cuba mengerti apa dosaku...apa salahku..berilah aku jawapan ibu...ayah...
ibu masih aku ingat...aku begitu gembira sewaktu berada di dalam perutmu..di dalam jagaan mu...begitu selesa ku rasakan...aman dan nyaman sekali tanpa gangguan yang menganggu...aku bisa bermain..tidur..makan...sewaktu di dalam perutmu...apa yang ibu makan pasti itu juga menjadi makananku...apa yang ibu minum itu juga yang menjadi minumanku..aku sangat gembira waktu itu kerana aku berkongsi segala-galanya dengan ibu...
ibu...ayah...tahukah kamu..aku terlalu ingin bertemu dengan kalian..aku tidak sabar untuk membesar dan membesar supaya aku bisa keluar dari sini melihat wajah ibu dan ayah...tetapi sejak akhir-akhir ini aku dapat rasakan ibu seolah-olah tidak senang...ibu seolah-olah tidak menyedari kewujudan ku di dalam rahim mu ibu...
ibu...semakin hari kegelisahanmu semakin ketara...ia akan menjadi lebih ketara apabila kawan-kawan ibu menegur ibu semakin gemuk sekarang..tidak cukup dengan itu ada yang bertanyakan...ibu mengadungkah???dengan pantas ibu menjawab tidak...hati kecil ku begitu gembira sewaktu soalan itu dituju pada ibu..tetapi hati kecil ku bertukar pilu takala mendengar jawapan ibu itu...mahu saja aku menjawab..YA...aku yang dikandung ibu...tapi pasti sesuatu yang mustahil untuk belaku...
ibu...pertama kali ibu mengusap perut ibu..usapan itu dapat kurasakan...sangat lembut ibu..sangat bahagia ku rasakan kerana ibu mengusapku..aku cuba untuk menendang untuk memberitahu ibu tentang kewujudan ku tapi kudrat ku tidak terdaya kerana aku masih kecil...tapi usapan yang nyaman yang diberikan untuk ku itu tidak begitu lama kerana ibu menggantikan usapan yang nyaman itu dengan gengaman yang sangat kejap..."arghhhhh...ibu..ibu..sakit ibu..."kenapa ibu mengenggam perut ibu terlalu kuat..tidak tahukah ibu akan kehadiran ku...
ibu..sewaktu aku sedang lena di dalam kandunganmu..tiba2 aku merasakan badanku seperti dibakar-bakar...aku terjaga dari lena..aku menjerit nama ibu..tetapi jeritan ku tidak ibu dengari.."ibu..ibu...panas..panas..."apa yang ibu lakukan padaku..kenapa ibu menyapu terlalu banyak minyak panas pada perut ibu..".ibu...aku sakit ibu..."tidak tahukah ibu aku anak kecil yang tidak tahan sakit...tidak cukup dengan itu..badanku seperti di cucuk-cucuk besi panas."ahhahhhh...ibu...sakittttt..."aku menangis lagi..kali ini apa lagi yang ibu lakukan padaku..."nenas" kenapa ibu makan makanan yang tajam itu...aku skit bu...tidak sayang kah ibu pada ku...tidak tahu kah ibu..ibu sedang mengandungkan ku..
ibu..dek kerana apa yang ibu lakukan aku menahan kesakitan...sewaktu ku tahan kesakitanku..ayah muncul ."ayah..ayah...aku sakit..."jerit ku..ku dengar setiap bait-bait kata ayah pada ibu.."you pasti ke nie??you jangan memain...i tak sukalah"...ibu membalas dengan suara yang cemas " i pasti sangat...sebab i rasa lain...macam mana nie..i tak nak la"..apa yang ibu dan ayah aku bicarakan ini...aku tidak mengerti...
aku dan ibu dibawa ke sesuatu tempat oleh ayah...dimana kah ini..
"dah jom masuk"...ayah berkata sambil menarik lembut tangan ibu..
"i takut lah u"...jawab ibu sambil mengengam tangan ayah sedikit kuat...
"xde ape..jOmla.."jawab ayah lgi
"ok..sila masuk..kita mulakan ya"..terdengar suara lelaki yang sangat asing padaku..siapa dia..aku dimana..kenapa tempat ini ku rasakan begitu asing bagiku..."ibu..ayah...aku takut...apa semua ini...tidak sempat aku mengerti apa-apa..kurasakan badanku ditarik-tarik dan dipaksa keluar..."ibu...ayah......sakittttt....aku menjerit-jerit..aku ditarik kasar oleh lelaki itu...ku dapat rasakan badan-badanku hancur dek kerana tarikan kasar itu...
kini mimpi dan anganku untuk bertemu dengan ibu dan ayah cuma mimpi tinggal mimpi...
"ibu...ayah..kenapa aku dilakukan begitu...kenapa aku dipaksa keluar dari kandunganmu...walaupun aku tidak mahu...ibu..ayah..kenapa kau terlalu membenciku...ibu kau kata kau mencintai ayah..tetapi kenapa aku yang menjadi mangsamu..aku hadir kerana benih cinta kalian..aku hadir kerana..aku penyatu cinta kalian...aku hadir untuk membuktikan cinta kalian berdua..tetapi kenapa begini pengakhiran kisahku..ibu..ayah..."
kini...baru kusedar...aku tidak diperlukan kalian kerana aku dilahirkan tanpa kemahuan kalian..kerana aku..anak hasil hubungan terlarang kalian...ibu..ayah..jika aku bisa..aku ingin menjadi anak hubungan kalian yang halal...
jika anak-anak lain yang senasib dengan ku bisa menulis warkah untuk ibu dan ayah...pasti ibu dan ayah tidak akan membuang insan yang lemah seperti kami.....adakah aku bakal menunggu ibu dan ayahku di syurga???
aku hadir kerana benih cinta kalian...
aku hadir karana cinta dua jiwa yang menjadi satu...
tetapi kenapa aku dibuang tanpa rasa belas kasihan ...
aku anakmu yang menantikanmu...
ibu ... ayah...
SALAM
Memberi Salam Kepada Bukan Mahram
Soalan :
Apakah hukum memberi salam kepada bukan muhrim..... adakah makruh atau haram atau bergantung kepada keadaan?
Md Aminuddin AB
Jawapan
Berikut ini adalah sedutan secara bebas dari Al-Nawawi di dalam al-Azkar . Katanya, memberi salam dan menjawab salam antara lelaki dan perempuan adalah seperti hukum memberi dan menjawab salam sesama lelaki. Sunat bagi seorang perempuan memberi salam kepada lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan, salam itu wajib dijawab. Itu jika perempuan itu adalah mahramnya. Bagaimana pula jika perempuan berkenaan bukan mahramnya?
Apabila perempuan itu bukan mahramnya dan dia merupakan seorang yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, maka seorang lelaki tidak boleh memberi salam kepadanya.
Jika lelaki itu memberi salam, perempuan berkenaan tidak boleh menjawabnya. Begitu juga dengan perempuan itu, dia tidak boleh memberi salam. Jika perempuan itu memberi salam juga, maka makruh hukumnya menjawab salam itu.
Dari Atha’ al-Khurasani, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada bagi wanita itu salam, dan tiada ke atasnya salam.” (HR Ibnul Jauzi) Ia bermaksud, perempuan tidak boleh memberi dan menerima salam kepada atau dari lelaki yang bukan mahramnya.
Dan, jika perempuan itu tua dan tidak mungkin akan menimbulkan fitnah, maka sudah tentu dia boleh memberi salam kepada seorang lelaki. Dan salam itu wajib dijawab oleh lelaki berkenaan. Di atas, adalah hukum memberi salam antara lelaki dan perempuan – seorang dengan seorang atau seorang dengan dua orang
Bagaimana pula jika memberi salam kepada sekumpulan perempuan yang bukan mahram? Atau perempuan memberi salam kepada sekumpulan lelaki yang bukan mahram?
Al-Nawawi mengatakan bahawa jika perempuan-perempuan berkumpul dalam satu kelompok, maka orang lelaki boleh memberi salam kepada mereka. Atau orang-orang lelaki dalam suatu kelompok memberi salam kepada seorang perempuan, maka hal itu dibolehkan – Apabila tidak ditakutkan timbulnya fitnah bagi kedua belah pihak.
Mengenai perkara ini terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, dari Asma’ binti Yazid r.a. yang berkata:“Rasulullah s.a.w. lalu di depan sekelompok perempuan yang sedang duduk, maka baginda memberi salam kepada kami.”
Bukhari pula meriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a., katanya: “Ada seorang perempuan tua yang sedang memasak dan menggiling biji-biji sya’ir (gandum). Apabila kami selesai sembahyang Jumaat, pergilah kami memberi salam kepadanya, lalu dia menghidangkan makanan untuk kami.”
Begitulah sebahagian pendapat al-Nawawi di dalam al-Azkar mengenai hukum salam kepada perempuan.
Kesimpulan
1. Memberi salam kepada perempuan mahram adalah seperti hukum memberi salam kepada sesama lelaki.
2. Tidak boleh memberi salam atau menjawab salam perempuan yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
3. Dibenarkan memberi salam kepada perempuan yang dikhuatiri tidak akan menimbulkan fitnah. Dan wajib menjawab salam dari perempuan berkenaan.
4. Dibenarkan memberi salam kepada kelompok wanita. Atau kelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita.
Sekian. Wallahu a’lam.
Rujukan
1. Al-Quran
2. Tafsir al-Qurthubi
3. Sahih Bukhari
4. Al-Azkar
5. Ahsanul Kalam
Wanita-DeHearty
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Berbanggalah menjadi seorang WANITA!!!
Beruntunglah anda kaum wanita !!!
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.Betapa bertuahnya menjadi wanita.Bersyukurlah karana menjadi wanita.
Istimewanya Wanita :
1. Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan dijauhkan daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?Jawab baginda, "Suaminya.""Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya di dunia ini dengan istiqamah.
Langgan:
Ulasan (Atom)